SEJARAH KG PANGGAS BESAR
Mengikut sejarah, Kampung Panggas Besar mula diterokai sekitar tahun 1850 an. Panggas yang berasal daripada perkataan Pattani yang bermaksud belat atau tandop air. Belat pada asalnya dibuat daripada susunan batu dan guni tanah.Ianya telah dibina oleh Tuk Biduk iaitu penduduk terawal kampung ini. Oleh kerana saiz dan struktur yang besar maka ia kenali Panggas Besar. Belat ini juga turut dikenali sebagai belat Tok Bidok. Jadi terpahat nama rasmi Kampung ini sebagai Kampung Panggas .
PENUBUHAN SRS KG PANGGAS BESAR
Penubuhan SRS adalah untuk bersama -sama membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dan mempastikan agar kampung ini senantiasa selamat dan sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal, Justeru, melalui SRS juga dapat mengembalikan semangat kejiranan dikalangan warga kampung ini. Penubuhan SRS kampung Panggas telah dirasmikan oleh YB Mansor ADUN Chuping pada 15 Januari 2012. Dengan tertubuhnya SRS ini maka akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kampung ini.